Akaun minhousecamp.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

Kelas Akuaponik Min House Camp

Kelas Akuaponik Min House Camp

Kursus Akuaponik: Sistem Penghasilan Bekalan Makanan Berterusan Untuk Keluarga


Tempat: Min House Camp, Kubang Kerian
Tarikh: 16 Sep 2020
Masa: 8 pagi - 12 tengah hari



Pengenalan Kursus:

Akuaponik adalah gabungan dua teknologi pengeluaran makanan yang saling bergantungan iaitu sistem kitaran air akuakultur di mana air dari tangki ternakan ikan dirawat dan dibersihkan sebelum dikembalikan ke dalam tangki ikan dan sistem tanaman hidroponik tanpa tanah (soilless) menggunakan nutrien sisa yang terhasil dari tangki ternakan ikan sebagai sumber baja. 


Kumpulan sasaran:

Penyelidik, pengusaha, badan-badan bukan kerajaan dan individu yang berminat.



Tujuan Kursus:

Kursus ini bertujuan memberi panduan mudah kepada peserta cara mempelajari dan mempraktiskan sistem akuaponik di kediaman & memberi peluang kepada peserta dalam percubaan menternak ikan air tawar seperti keli, tilapia dan sebagainya bersama beberapa tanaman seperti kangkung, pagaga dan pudina. Ini bersesuaian bagi keluarga yang mempunyai kediaman dengan kawasan tanah yang terhad untuk bercucuk tanam. Kursus ini menyediakan panduan dalam langkah praktikal sebagai percubaan awal membina sistem akuaponik yang akan memberi gambaran terhadap keberkesanan dan permasalahan penggunaan sistem akuaponik. 



Objektif Kursus:

Pengetahuan
1. Menerangkan fungsi sistem akuaponik
2. Membincangkan permasalahan akuakultur dan hidroponik

Praktikal
3. Merancang perlaksanaan sistem akuakultur dan hidroponik
4. Mengaplikasi pengetahuan berkaitan akuakultur dan hidroponik


Modul Kursus:

Pengenalan & Teori Akuaponik
Rekabentuk dan fungsi sistem akuaponik: Sistem Penanaman, Tangki Ternakan Ikan & Sistem Kitaran Air 
3 Rekabentuk akuaponik: Sistem Raft (Rakit), Sistem Ebb & Flow, Sistem NFT (Nutrien Film Technique) serta Kelebihan dan Kekurangan setiap sistem
Pemilihan komponen: Tangki / akuarium ikan, bekas tanaman, media tanaman, sistem perpaipan, pam air & penapis

Praktikal
Membina model rekabentuk sistem akuaponikPemilihan ikan & tanaman yang sesuai

Tempat terhad kepada 30 orang sahaja. Sarapan pagi & salinan modul disediakan.