Little Farmer Education

Pakej "Little Farmer Education"
Setiap Hari
Setiap Hari
Waktu: 8 pagi - 12 tengah hari (3-4 jam)
8 aktiviti untuk Petani Kecil:
1. Merasai madu kelulut
Melihat koloni lebah kelulut (tanpa sengat) & merasai madu segar di tapak tangan. Melawat galeri untuk melihat spesis berbeza & melihat koleksi madu dari seluruh dunia.
2. Melawat reban ternakan
Melihat ayam & itik yang dipelihara untuk menghasilkan baja kompos.
3. Melawat kebun & Taman aquaponik
Belajar tentang Kebun Organik yang tidak menggunakan baja kimia. Melawat Kebun Tepi Sungai, Kebun Saidatina Khadijah & Kebun SAara Diri. Pelajari konsep permaculture, hugelkultur, no dig garden & kebun menegak.
4. Menanam pokok
Memahami konsep kompos dan setiap petani kecil berpeluang untuk menanam sayur di dalam pasu kecil untuk dibawa pulang & melihat sendiri pokok yang dijagai membesar.
5. Membelai arnab & kambing
Meluangkan masa untuk beramah mesra dengan haiwan ternakan. Memberi makan daun kepada kambing & membelai arnab yang manja & jinak.
6. Menangkap ikan guppy
Bermain dengan ikan guppy di dalam kolam ikan & pelajari cara menjaga ikan guppy. Menangkap ikan menggunakan penyauk untuk dibawa pulang.
7. Membuat & bermain yoyo
Membuat sendiri alat permainan yoyo mengunakan biji beluru dan tali. Bermain bersama kawan - kawan dan boleh dibawa pulang.
8. Makan tengah hari
Menjamu selera dengan hidangan ringkas yang sesuai untuk petani kecil.
Harga:
RM25 / Petani Kecil (min 20 orang) atau
RM25 / Petani Kecil (min 2 orang - tidak termasuk makan tengah hari)